Tuesday, April 13, 2010

Terima kasih

Saya bagi pihak Tadika Kemas Taman Mutiara 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Firhat dari Public Bank kerana kesudian beliau untuk menyumbang 10 hemper untuk sambutan Hari Sukan Tabika Kemas Taman Mutiara 1 yang akan diadakan pada 1 Mei 2010 nanti. Semoga Allah membalas jasa baik tuan.

Aktiviti Tahun 2009





Pertandingan pakaian beragam

Wednesday, April 7, 2010

Mesyuarat AJK Tabika Bil 2/2010



Kami telah mengadakan mesyuarat buat kali kedua bagi thn ni. Antara perkara yang dibincangkan ialah aktiviti sukan TBK yang akan dilaksanakan pada 1 Mei 2010 nanti. En Hanip selaku pengerusi TBK 2010 telah menpengerusikan mesyuarat tersebut.

Mesyuarat mendapati bahawa bajet memang tak banyak, selain daripada sumbangan tetap RM15 setiap pelajar jumlah dana baru ada RM300. Jadi, kami setuju untuk memilih beberapa ibubapa bagi mendapatkan sumbangan seperti buah, goodies, kuih muih untuk menceriakan lagi sukan tersebut.

TBK juga bersetuju utk meminjam khemah daripada jawatankuasa perumahan Taman Mutiara 1, atleast dapat gak jimat kos ..Penulis selaku ahli jawatankuasa kebajikan kena ler cari sumbangan luar yang boleh menampung kos yg lain tu sebab nak elak gunakan wang simpanan TBK yang tidak sebanyak mana...Harap2 usaha penulis dapat gak kumpul sikit dana tuk TBK, InsyaAllah..

Gotong Royong Mengindahkan Tabika Sempena Pertandingan TBK Terindah









Pada 27 Mac lalu, gotong royong telah dijalankan. Kami sekadar mengecat batu bata dan menyusun semula pasu2 bunga biar nampak lebih ceria. Almaklumlah tak lama lagi pertandingan TBK terindah akan diadakan, kalau terpilih, dapat gak RM200 wang saguhati utk TBK.

Kenangan Dahulu








Sebahagian daripada kenangan pelajar dan ibubapa yang pernah bersama Tadika Taman Mutiara 1.

Monday, March 29, 2010

memori ........

Walaupun ade kekangan $, TADIKA@TAMAN MUTIARA 1 akan cuba jalankan pelbagai aktvt yg sedikit sebanyak membantu perkembangan pelajarnya seterusnya dapat jugak ler kami ibubapa mengeratkan tali persaudaraan sesama kami di Raub ini...Disini ade ler beberapa gambar sbg memori yg sempat penulis ambil daripada simpanan Cikgu Jumelah...Aktvt sukan memang tak akan miss dan beberapa lawatan ke Klinik gigi, Balai Bomba dan jugak acara sambutan birthday pelajar yang dibuat khas atas inisiatif ibubapa yg berkemampuan....Tak lupa jugak lawatan ke luar Raub yang kebiasaannya diikuti oleh penduduk setempat terutamanya bagi yg kurang berkesempatan untuk melihat tempat org...Ini lawatan sambil belajar ler kononnyer tapi lebih kepada memberi peluang kepada mereka yg ingin merasa makan angin di tempat org...Sebenarnya apabila penulis menghantar puteri sulong penulis belajar di TBK ini tahun 2009, penulis sentiasa terkenangkan kembali lebih kurang 25 tahun dahulu dimana penulis mula mengenal ABC di TBK Kemas Kg Linsum, Rantau N9...Memang tak jauh bezanya dengan apa yg penulis perhatikan ....Bagi penulis, mungkin org lain yg lebih berkemampuan di bandar sana prefer menghantar putera puteri masing2 belajar di TBK yang jauh lebih standart dan ribu-ribu fee tahunannya..tapi, penulis sangat hargai kewujudan TBK ini yg pada zahirnya banyak membentuk keperibadian dan titik asas kami sebagai pelajarnya mengenal erti alam pembelajaran dan perhubungan sesama manusia....

Thursday, March 18, 2010

Latar Belakang


Dibina seawal pembinaan perumahan Taman Mutiara 1,di daerah Raub, Pahang sekitar awal tahun 80-an. Terletak di bahagian belakang taman perumahan dan di terajui oleh seorang guru dan seorang pembantu. Pelajarnya tidak lah seramai di TBK ain, hanya terdiri sekitar 20 orang jer....Tapi sepanjang tahun dipenuhi aktvt yg tak kurang hebatnya dengan TBK yg lain..Ini pun adalah di atas ini siatif cikgu Jumelah dan juga sokongan daripada ibubapa dan juga dari warga perumahan Tmn Mutiara 1... Mulai tahun 2006, Pn Jumelah Binti Ngah Dimin telah bertanggung jawab untuk menjadi tenaga pengajar seterusnya pengurus tabika ini sehingga kini. Dari Kuala Lumpur lebih kurang 110km jer...Kalau teringat nak pi rumah Dato CT di Kuala Lipis, akan jumpa ler dahulu signboard ke Raub..